Home » » Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Malam 09hb Julai 2013

Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Malaysia Malam 09hb Julai 2013

Written By Anonymous on Tuesday 9 July 2013 | Tuesday, July 09, 2013



Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam ini. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.
SHARE

About Anonymous

1 comments :

  1. masjid tempat saya pada malam 9hb tu pun tetiba jer sempit dan sendat. Nak solat jemaah pun tak selesa. Parking keta toksah kira la...makin mengecik jugak! Malam kedua dah besar sikit...tunggu la minggu2 last puasa...masjid tu makin luas mengembang lagi kot?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.