Home » » Zizan Raja Lawak Di Tuduh Timbulkan Masalah

Zizan Raja Lawak Di Tuduh Timbulkan Masalah

Written By Anonymous on Tuesday 9 July 2013 | Tuesday, July 09, 2013

Zizan menganggap tuduhan dia tidak berdisiplin sengaja diperbesar-besarkan. 

Pelawak dan pengacara, Zizan Razak menganggap tuduhan kononnya dia sering menimbulkan masalah kepada krew produksi dan tidak berdisiplin hanyalah satu isu yang sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tuduhan tersebut tidak adil buatnya kerana ramai pihak tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik kehidupannya sebagai seorang selebriti.

"Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar.

"Sukar untuk memuaskan hati semua orang dan perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia hiburan," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Zizan bagaimanapun tidak menafikan ada kalanya dia terlambat ke sesebuah lokasi penggambaran atau pun program lain tetapi ia bukan disengajakan.

Jelas Zizan, kesibukan dan pertindihan pelbagai program dan aktiviti kadang-kala telah menyebabkan dia terlewat ditambah dengan sebab-sebab lain seperti kesesakan lalu lintas.

"Saya bukannya sempurna dan mengakui kadang-kadang terlewat dan ia bukan disengajakan.

"Bagaimanapun saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati jika ada apa-apa tindakan atau perbuatan saya yang menyentuh perasaan mereka," jelasnya.

Dalam pada itu Zizan berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan.
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.