Home » » Suasana Kowloon Walled City-Bandar Terpadat Pada Abad Ini ( 30 Gambar ).

Suasana Kowloon Walled City-Bandar Terpadat Pada Abad Ini ( 30 Gambar ).

Written By Anonymous on Tuesday, 27 August 2013 | Tuesday, August 27, 2013


Seperti yang mungkin korang tahu bahawa Hong Kong mempunyai kepadatan penduduk antara yang tertinggi didunia iaitu 6,700 penduduk untuk setiap 1 kilometer persegi. Tapi korang tahu tak yang terdapat satu tempat di Hong Kong yang mempunyai kepadatan yang cukup padat sehingga melebihi kepadatan yang ada di Hong Kong? Tempat ini ialah Kowloon Walled City yang mempunyai kepadatan 1,255,000 penduduk untuk setiap 1 kilometer persegi pada tahun 1987.

Kepadatan tempat ini amat kompleks sehinggakan setiap bangunan bersambung antara satu sama lain dan sekiranya seseorang dari utara hendak pergi ke selatan tak perlu menjejakkan kaki ke tanah langsung. Disebabkan itu jugak lah tempat ini menjadi sarang pelbagai jenayah. Pada awal 90-an, pihak berkuasa tempatan Hong Kong memutuskan untuk merobohkan keseluruhan tempat ini.

Kerajaan Hong Hong telah menawarkan ganti rugi sebanyak USD 350 juta kepada hampir 33,000 penduduk dan peniaga di Walled City bagi merobohkan tempat ini pada 23 Mac 1993 sehingga April 1994. Kemudian tempat yang telah menjadi sejarah ini telah digantikan dengan sebuah taman awam yang indah.

Korang boleh tengok gambar-gambar sebelum dan selepas merobohkan tempat ni di bawah.





























SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.