Jacqui Beck didiagnosis MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu satu sinptom yang mempengaruhi sistem pembiakan, yang membuatnya lahir tanpa rahim, tanpa serviks juga tanpa lubang faraj.
Sejak lahir, badan Jacqui Beck tidak mempunyai organ-organ pembiakan, termasuk faraj. Tapi orang tuanya tak pernah sedar. Keadaannya dikesan setelah Beck berjumpa doktor kerana sakit punggung dan tidak juga datang haid walaupun usianya sudah mencapai 17 tahun.
Menurut hasil pemeriksaan, di tempat yang seharusnya menjadi faraj hanya ada sebuah lengkuk kecil tanpa lubang, yang bermaksud Beck tidak akan boleh melakukan hubungan seksual atau melahirkan anaknya sendiri.
"Saya tidak pernah menganggap diri saya berbeza dari perempuan lain. Selepas mendengar berita mengejutkan ini, saya tidak boleh percaya apa yang saya dengar. Saya yakin doktor keliru, tapi ketika itu menjelaskan mengapa saya tidak mengalami haid, semuanya mulai masuk akal," ujar Jacqui beck.
Perasaan Beck begitu hancur mengetahui bahawa dirinya berbeza dari perempuan lain. Dia tidak akan mampu merasakan bagaimana rasanya hamil, melahirkan, bahkan datang haid.
"Saya benar-benar marah dan merasa seperti saya bukan wanita sejati lagi," tambahnya
Mrkh (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) adalah penyakit ganjil yang mempengaruhi satu daripada 5,000 wanita di Britain. Wanita dengan keadaan ini mempunyai ovari yang berfungsi normal, sehingga akan mengalami tanda-tanda akil baligh normal tetapi tidak akan mengalami haid atau kehamilan.
Alat pembiakan luaran biasanya tampak normal, itu sebabnya MRKH tidak dapat dikesan sehingga wanita berada di usia remaja. Kelainan ini biasanya ditemui ketika seorang wanita cuba untuk berhubungan seks atau tak pernah dapat haid.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.