Home » » Gambar Mesra 'COMOLOT' Cristina Suzanne Dengan Tunang

Gambar Mesra 'COMOLOT' Cristina Suzanne Dengan Tunang

Written By Anonymous on Saturday 7 December 2013 | Saturday, December 07, 2013



Umum sudah mengetahui bahawa heroin filem KIL, Cristina Suzanne atau lebih dikenali sebagai Cris sudah pun bergelar tunangan orang.
Majlis pertunangannya telah diadakan pada 13 Oktober lalu di kampung halamannya yang bertempat di Kuantan, Pahang.
Kisah pertunangannya sebelum ini turut menjadi bualan apabila sebelum ini namanya sering kali dikaitkan dengan Bront Palarae.
Malah ada yang membuat spekulasi bahawa pertunangan atas pilihan keluarganya itu adalah disebabkan kecewa dengan perkahwinan aktor tersebut.
Namun, daripada gambar-gambar mesra yang dikongsikan Cris ini pastinya memberikan tanggapan yang salah.
Ini kerana, jelas kelihatan kedua-duanya begitu mesra dan ada juga gambar hampir bercium mulut yang pastinya akan mengundang kontroversi di kalangan peminat pelakon kacukan Melayu-Jerman itu.
Rasanya sebagai seorang yang dikenali ramai, tidak seharusnya dia memuat naik gambar-gambar mesra sebegini untuk tatapan umum.
Bukan apa, nanti dirinya juga yang akan dihentam masyarakat.
Tak gitu?







SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.