Home » , » (Kisah Isteri Curang) Terlanjur Dengan 3 Lelaki Kerana WeChat

(Kisah Isteri Curang) Terlanjur Dengan 3 Lelaki Kerana WeChat

Written By Anonymous on Thursday 16 January 2014 | Thursday, January 16, 2014





Salam,

Saya kenal dengan suami saya sudah 10 tahun lebih. Pada tahun 2010 kami bernikah dan sampai sekarang kami belum di kurniakan zuriat lagi. Saya bukanlah seorang isteri yang sosial, sebab saya seorang yang tidak banyak cakap. Tambahan lagi, saya juga bukan seorang isteri yang rajin.

Saya buka akaun WeChat untuk bersembang dengan kawan-kawan. Kebetulan, saya berkenalan dengan lelaki lain. Pada awalnya, hanya dianggap sebagai kawan dan mereka pun tahu, saya ini isteri orang.

Namun akhirnya, saya terlanjur jua. Bukan dengan seorang, tapi tiga orang yang saya kenal melalui WeChat. Saya kantoi dengan suami dan saya minta dilepaskan.

Suami tidak mahu lepaskan saya kerana dia masih sayangkan saya lagi. Saya terfikir, “Kenapalah dia masih boleh terima saya, sedangkan saya dah buat benda yang teruk?”. Suami mahu saya berubah dan saya cuba untuk memperbaikii diri. Semasa dalam proses berbaik ini, dia tidak beri saya menggunakan smartphone atau phone yang mahal-mahal, terutama sekali yang ada Internet sekali.

Sebaliknya, handphone yang suami rampas dari saya, dia pula yang main WeChat dengan perempuan lain. Sudah 2-3 kali saya nampak, depan mata saya. Dalam hati saya, “Tidak mengapalah, mungkin ini balasan untuk aku”.

Tapi, lama-kelamaan, saya rasa apa gunanya saya sayangkan dia, kalau suami juga buat benda yang sama? Lagipun, dia yang minta saya berubah. Mungkin juga dia ingin balas dendam dengan saya. Saya pun tidak tahu apa yang ada dalam kepala suami saya.

Pada saya, lebih baik lepaskan saya kalau suami nak berkasih dengan perempuan lain, sebab saya dah macam tidak boleh terima tindakan dia.

Apa yang harus saya buat sebenarnya? Terima sahaja perlakuan dia seadanya atau berpisah? Yang jadi masalah, dia tidak mahu lepaskan saya.

Tapi sampai bila?
SHARE

About Anonymous

1 comments :

  1. padan la tu... lelaki baik untuk perempuan baik... yang curang untuk curang :3

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.