KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.
"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.
"Kumpulan itu bagaimanapun memilih untuk mengabaikan seruan itu," kata Menteri Luar Malaysia itu.
Mengenai hasrat Manila supaya anggota kumpulan itu didakwa di mahkamah Filipina, Anifah berkata, Malaysia perlu mendapatkan penjelasan mengenai undang-undang yang mereka akan didakwa, dan untuk undang-undang itu dikaji oleh Peguam Negara Malaysia.
Katanya, Rosario memaklumkan kepadanya bahawa kerajaan Filipina mengecam tindakan penceroboh tersebut.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.