Lollipop berat melebihi 3 tan metrik adalah coklat terbesar yang dibuat oleh Sees Candies, telah dipamerkan di Justin Herman Plaza di San Francisco, dimanapejalan kaki yang lalu di tempat berhampiran berasa kagum dengan saiz hidanganitu.
"Kami amat berbesar hati kerana telah mencipta versi yang lebih besar daripadagula-gula sebenar kegemaran kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BradKinstler.
"Pencapaian ini merupakan satu bukti luar biasakepada sebuah pasukan pengeluaran kami, yang menghabiskan banyak masa mereka bentuk danmembina gula-gula yang terbesar di dunia ini danKami tidak sabar untuk memecahkan rekod gula-gula pada Hari Lollipop Negara kepada pelanggan-pelanggan kami di San Francisco," katanya lagi.
Walaubagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan untuk merasa gula-gula ini walaupun lollipop yang dihasilkan dengan ramuan yang sama yang terdapatdalam Sees Candies pada kebiasaannya, kerana ia akan dikitar semula selepas dipamerkan.
Pencapaian gula-gula ini telah disahkan olehpengadil Rekod Dunia Guinness, Amanda Mochandan ia mengalahkan gula-gula terbesar sebelumnya,yang diadakan oleh Ashrita Furman dengan berat 2955kg.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.