Home » » Lelaki Tukar Sebuah Bilik Jadi Akuarium Terbesar Di Rumah ( Video ).

Lelaki Tukar Sebuah Bilik Jadi Akuarium Terbesar Di Rumah ( Video ).

Written By Anonymous on Monday 12 August 2013 | Monday, August 12, 2013

Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote.

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang.










SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.