Home » , » Ustaz Azhar Idrus Kemalangan ( 6 Gambar ).

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan ( 6 Gambar ).

Written By Anonymous on Friday, 16 August 2013 | Friday, August 16, 2013


Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terlibat dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu Proton Iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. 

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera.






SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.