Ian dan Larissa Murphy merupakan sepasang kekasih sejak dari zaman kolej lagi. Pasangan ini bertemu di kolej pada tahun 2005 dan segera merancang untuk berkahwin sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian pada tahun 2006. Selepas 10 bulan, Ian terlibat dalam satu kemalangan kereta dan menyebabkan sebahagian otaknya rosak. Larissa menerima segalanya dengan tabah dan masih lagi bersama2 Ian walaupun Ian sudah tidak boleh bercakap dengannya walaupun sepatah selepas kemalangan. Ian disahkan mengalami kerosakan otak yang kekal akibat daripada kemalangan dan kehilangan semua keupayaan untuk membuat berfikir secara waras. Walaubagaimanapun, Larissa masih bertekad untuk berkahwin denga Ian seperti yang dirancang oleh mereka. Akhirnya mereka berdua dikahwinkan. Walaupun Ian tidak akan pulih sepenuhnya , beliau masih ada Larissa yang mencintainya sepenuh hati.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.