Lamborghini Murcielago yang dipandu seorang remaja berusia 22 tahun hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan. Honda Civic yang mana ketika berada di lorong bertentangan terbelah dua setelah dilanggar. Kemalangan itu juga melibatkan sebuah kereta Ford dan kereta itu terbakar serta merta selepas pelanggaran. Mujurlah pemandu kereta sempat melompat keluar kereta dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun kemalangan agak dahsyat. Tetapi apa yang paling menarik penumpang yang berusia 16 tahun yang berada di Lamborghini menerima kecederaan kepala akibat terkena stereng kereta.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.