Home » » VIDEO: Jalan Paling ‘Seram’ Untuk Dilalui

VIDEO: Jalan Paling ‘Seram’ Untuk Dilalui

Written By Anonymous on Saturday, 23 November 2013 | Saturday, November 23, 2013


Tak dapat dinafikan memang ramai kaki ‘adventure’ di luar sana tapi yang pasti, tak ramai seberani Mick Fowler.

Dalam rakaman video di bawah, pengembara berani ini merakamkan detik dia dan rakan-rakan menaiki jip merentasi lereng Gunung Himalaya yang sempit dan curam.

Jalan dilalui mereka amat terhad lebarnya sampai ada waktu tertentu pemandu arah terpaksa turun untuk membantu jip melepasinya.

Mereka turut dihujam dengan titisan air yang turun dari gunung. Jika terlajak sedikit sahaja, sah-sah mereka akan terhumban dari ketinggian lebih 2,000 kaki bersama jip tersebut.

Begitu pun, Fowler dan rakan-rakannya dilihat masih mampu tertawa besar seolah-olah tidak berasakan mereka sedang menghadapi situasi genting.

Saksikan video di bawah dan nilai, mahukah anda melaluinya seperti Fowler dan rakan-rakan jika diberikan peluang? 
VIDEO: Jalan Paling ‘Seram’ Untuk Dilaluihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11232013-43535-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Fullscreen-capture-11232013-43535-PM-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoTerkini,


SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.