Home » » [Video] Kenapa JOZAN tidak sertai maharaja lawak mega 2013

[Video] Kenapa JOZAN tidak sertai maharaja lawak mega 2013

Written By Anonymous on Saturday 30 November 2013 | Saturday, November 30, 2013



JOZAN

Sedar tak sedar maharaja lawak mega 2013 telah pun tiga minggu menghiburkan kita semua. Rancangan Maharaja lawak mega 2013 merupakan antara rancangan yang mencatatkan jumlah penonton yang tertinggi di Malaysia. Nampak tak betapa hebatnya aura Maharaja lawak mega ini.


Namun tahun ini agak berbeza sedikit daripada tahun-tahun yang lepas, kerana dalam ramai-ramai peserta kelibat pasangan pelawak nombor satu Johan dan Zizan tidak tersenarai. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka tidak beraksi untuk edisi kali ini? Merajuk kah? Untuk menjawab persoalan ini, vedio di bawah ini ada jawapannya.



Thankz to Amin Hamzah yang upload video nie..

Dapat tangkap apa yang Johan cakap dalam video di atas? Johan memberikan ruang untuk Zizan menumpukan perhatian kepada rancangan Akademi fantasia yang di acarakan oleh Zizan sebelum ini. Walaupun nampak seperti satu lawak namun pendapat saya, itu merupakan luahan serius dari Johan atau pun nama sebenarnya Yazid Lim ini. Apa-apa pun saya tetap doakan yang terbaik buat pasangan ini (pasangan yang pernah hampir-hampir mengeluarkan air mata saya). Good luck JOZAN!

Tunggu kemunculan JOZAN di maharaja lawak mega edisi akan datang. Gua rindu lu bro!
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.