Walau Pun Tanpa Kaki Lelaki Ini Berjaya Menakluki Gunung | Spencer West menunjukkan prestasinya setelah dirinya berjaya memanjat Gunung Kilimanjaro yang memiliki ketinggian 5.895 meter hanya dengan menggunakan tangannya. West terpaksa menggunakan tangan untuk berjalan kerana West tidak mempunyai kaki.
Lelaki berusia 31 tahun itu kehilangan kakinya ketika masih berusia lima tahun. Ketika masih bayi, West sudah menderita kelainan genetik di tulang punggungnya. Kelainan genetik itu menyebabkan pertumbuhan di bahagian kakinya terganggu.
Ketika berusia tiga tahun, West terpaksa mengamputasi kedua kakinya. Namun para pegawai perubatan pun mengakui, lelaki asal Kanada itu merupakan seorang yang kuat. West tetap mempunyai semangat hidup yang tinggi.
Bertahun-tahun lamanya, West berlatih untuk dapat menakluk gunung tertinggi di Afrika, Kilimanjaro, tanpa kaki. West pun memulakan pendakiannya pada 12 Jun lalu bersama rakannya David Johnson dan Alex Meers. West mengharungi sejumlah medan di Tanzania dalam tujuh hari.
“Tanda dari puncak gunung itu kelihatan seperti khayalan. Kami melihat kawasan sekitar dan sedar, setelah tujuh hari perjuangan kami, kami pun sampai. Jari-jari yang berdarah ini pun sangat berguna,” ujar West, seperti dikutip Daily Mail, Khamis (21 / 6/2012).
“Saya mendaki Kilimanjaro tidak hanya untuk mencari tahu apa yang saya boleh lakukan, tetapi juga untuk menginspirasi orang lain dalam menghadapi rintangan dalam hidupnya,” tambahnya.
West mengakui akan banyaknya cabaran yang dihadapinya ketika menuju puncak gunung. West pun turut menyambut sokongan dari banyak orang terhadap usahanya.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.