Home » » Wanita China Dir0g0l Dan Diliwat Lelaki Menyamar Polis

Wanita China Dir0g0l Dan Diliwat Lelaki Menyamar Polis

Written By Anonymous on Thursday 28 November 2013 | Thursday, November 28, 2013



Seorang wanita warga China bukan sahaja dir0g0l secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.

Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.

“Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.