Kemunculan pertama kali FBI pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo Omar yang sedang berbulan madu, telah mendapat respon yang sangat baik dan menggalakkan oleh pengikut dikedua-dua facebook NLKO dan FBI. Buat sementara waktu, FBI akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan.
Keletah lucu FBI dan kredibilitinya sebagai salah seorang pengacara berbakat di Malaysia pasti dapat menarik lebih ramai lagi peminat pelbagai usia untuk menonton NLKO yang bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi di TV9.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.