Home » » Fuh Ngeri! Cucuk Minyak Masak Ke Muka Untuk Cantik

Fuh Ngeri! Cucuk Minyak Masak Ke Muka Untuk Cantik

Written By Anonymous on Tuesday 3 December 2013 | Tuesday, December 03, 2013


Hendak cantik punya pasal, pelbagai cara yang akan digunakan samada mahal atau tidak. Kesan sampingan akan difikirkan kemudian. Yang penting, muka akan cantik. Fyna tengok mangsa kali ini pun sudah terasa sakit.

Seoul – Seorang wanita yang juga bekas model, Hang Mioku kini terpaksa menanggung kesengsaraan selepas mukanya menjadi hodoh dan mengerikan gara-gara terlalu ketagih kepada silikon.

Ketagihannya itu bermula selepas dia berpindah ke Jepun dan menjalani pembedahan plastik di negara itu.

Bagaimanapun selepas beberapa kali menyuntik silikon, wajahnya menjadi bengkak, menyebabkan doktor enggan memberikannya silikon lagi.

Mioku kemudiannya mula mendapatkan silikon secara haram di pasaran gelap, namun selepas ia habis digunakan, dia mula beralih kepada minyak masak.

Wanita itu menyuntik minyak masak ke mukanya hinggakan mukanya menjadi amat menakutkan.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapanya sendiri tidak mengenali Mioku malah kanak-kanak juga mengejeknya dengan gelaran `kipas angin’ kerana mukanya lebih besar berbanding dengan badannya.

Bagi membetulkan semula wajahnya itu, dia telah membuat rayuan melalui televisyen dan selepas 10 pembedahan dijalankan, doktor berjaya membuang 60 kilogram silikon, minyak dan benda asing lain daripada mukanya.

Sementara di bahagian leher pula, sebanyak 200 gram bahan berkenaan telah dibuang.

Namun keadaan muka Mioku tetap hodoh, dan kini barulah dia berharap agar dapat kembali ke wajah asalnya.
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.