Shanghai: Penghuni sebuah flat di Shanghai cemas apabila seorang wanita mengancam mencampakkan anaknya dari tingkap tingkat 12 bangunan berkenaan, lapor media semalam.
Sebelum itu, kata saksi, wanita terbabit menangis dan meraung-raung mengugut mahu terjun selepas mencampakkan anaknya. “Jangan cuba halang! Aku serius! Aku mahu bunuh diri dan juga membunuh anakku!” katanya menjerit ketika memberi amaran kepada penghuni flat berkenaan.
Di bawah, sekumpulan anggota polis, bomba dan petugas perubatan bersedia menghulurkan bantuan jika kejadian tidak diingini berlaku.
Jurucakap polis berkata, seorang pakar psikiatri terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita terbabit, manakala anggota bomba mencari jalan untuk masuk rumah berkenaan.
Akhirnya penyelamat berjaya apabila mereka mendapat bantuan daripada jiran wanita terbabit. Mereka kemudian menariknya masuk ketika dia sedang bercakap dengan pakar psikiatri dari tingkap rumah sebelah.
Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital psikiatri manakala anaknya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. - Agensi
RENTETAN imej menunjukkan seorang wanita yang mengancam untuk mencampakkan bayinya dari tingkap tingkat 12 bangunan flat kediamannya di Shanghai, China, baru-baru ini.
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.