Home » » Jadi Model Di Usia 11 Tahun Tetapi Kelihatan Seperti 20an

Jadi Model Di Usia 11 Tahun Tetapi Kelihatan Seperti 20an

Written By Anonymous on Monday, 2 December 2013 | Monday, December 02, 2013


Pada umumnya, seorang gadis belia usia 12 tahun mungkin masih berpakaian casual dengan solekan minima dan tinggi di bawah 160 cm. mereka juga mungkin masih sibuk dengan pelbagai kegiatan harian atau bermain ditaman bersama rakan-rakannya. Namun kehidupan berbeza seorang gadis yang berasal dari Vietnam bernama Hoang Bao Tran.

Perempuan ini adalah model termuda dari Vietnam yang memenangi Peraduan Model Remaja Vietnam tahun 2009 dan mendapatkan kedudukan pertama. Dia mendapat gelaran itu ketika masih berusia 11 tahun. Bila melihat wajahnya, mungkin orang tak akan percaya bahawa gadis ini berusia 11 tahun. Wajah manisnya memang mempunyai karisma tersendiri dan sangat fotogenik.

Di usia 12 tahun, namanya makin dikenali dan menjadikannya sebagai model termuda di Vietnam. Dengan postur tubuh yang tinggi lampai dan berisi serta wajah yang cantik, beliau mencuri perhatian ramai orang tidak hanya di Vietnam, tetapi juga di dunia. Orang mula bercakap mengenainya bukan hanya kerana ia merupakan model cantik, namun juga takjub kerana di usia yang sangat muda, gadis ini sudah tampil menjadi model dengan penampilan yang mirip dengan gadis-gadis yang duduk di bangku kolej.

Wajah Bao Tran boleh anda lihat di internet, akhbar hingga majalah fashion. Gadis yang kini berusia 14-an tahun ini masuk dalam kategori remaja paling cute di Vietnam dan menduduki kedudukan ke 6. Bagaimana Bao Tran boleh mempunyai badan yang cantik berisi seperti itu di usianya yang masih muda memang tidak didedahkan, namun sepertinya gadis ini tidak melakukan tindakan ekstrim seperti pembedahan plastik dan sebagainya.


SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.