Home » » Pemandu Tak Puas Hati Kena Saman (VIDEO)

Pemandu Tak Puas Hati Kena Saman (VIDEO)

Written By Anonymous on Tuesday, 10 December 2013 | Tuesday, December 10, 2013


Di laman Facebook Vyrec hari ini, ada lagi satu video rakaman seorang pemandu selepas dia ditahan polis kerana kesalahannya memandu arah yang salah dalam laluan sehala.
Rakaman itu bermula dengan anggota polis peronda berkenaan mahu menyerahkan surat saman trafik kepada pemndu itu untuk ditandatangani.
Kemudian, tiba-tiba pemandu itu bertanya “Tadi u ada minta wang sama saya tak?”.
Anggota polis itu kemudiannya berkata: ” Saya bukan mintak wang, saya mintak wang ke atau mintak u punya IC?,” katanya.
Polis itu kemudiannya malas hendak melayan karenah pemandu itu terus memintanya menandatangani surat saman itu.
Anggota itu kemudiannya berkata terpulang kepada pemandu itu untuk menurunkan tandatangannya atau tidak.
“Ok u sign, saya tak mahu cakap banyak dengan u,” katanya.
Selepas itu berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pemandu dan anggota itu berkaitan pemberian wang.
Bagaimanapun, panjang video itu yang hanya selama 2:26 hanya menunjukkan saat surat saman itu ditandatangani.
Apa yang berlaku di awalnya tidak diketahui secara langsung memberi ruang yang luas untuk penonton video tersebut membuat spekulasi tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua mereka.
Tindakan polis menyaman pemandu itu tepat kerana dia didapati memandu di dalam arah bertentangan di laluan sehala.
Pemandu itu, tidak diketahui tujuannya untuk merakamkan perbualan antara pihak polis yang merakamnya mesti ada agenda dia tersendiri.
Saksikan VIDEO di bawah ini

SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.