Home » » Penggambaran Fast & Furious 7 Ditangguhkan Seketika

Penggambaran Fast & Furious 7 Ditangguhkan Seketika

Written By Anonymous on Monday 2 December 2013 | Monday, December 02, 2013

Berikutan kematian tragik Paul Walker yang maut dalam kemalangan, Sabtu lalu, pihak penerbitan filem francais Fast & Furious akan menangguhkan seketika penggambaran filem tersebut.

Fast & Furious 7 yang kini masih lagi dalam proses penggambaran telah memulakan ‘shooting’ sejak November lalu.

Menurut sumber THR, pihak Universal dan krew di belakang tabir telah mengadakan perbincangan untuk menentukan hala tuju filem tersebut selepas ini.

Mereka telah bersetuju untuk menangguhkan seketika penggambaran filem F&F7 yang diarahkan oleh pengarah filem seram Insidious dan The Conjuring, James Wan.

Dengan ketiadaan Paul, bagaimanakah kesudahan nasib watak Brian O’Connor yang dilakonkannya?

Sama-sama kita nantikan filem yang dilaporkan bakal menjengah pawagam pada Julai 2014.
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.