Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia.
Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.
Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan 53ks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu. Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan 53ks .
Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu.
Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.
Amah berkenaan akan dihantar pulang ke negaranya selepas dia menamatkan tempoh hukuman di penjara.
Ketika mengemukakan rayuan, peguam budak tersebut berkata adalah mustahil bagi budak itu untuk menempah bilik hotel hanya semata-mata untuk mengadakan 53ks dengan pembantu rumahnya.
“Adalah jelas bahawa pembantu rumah ini melakukan 53ks dengan pihak ketiga, namun menuduh anak guam saya melakukannya hanya disebabkan wanita itu bergaduh dengan abang kepada anak guam saya ini,’’ katanya.

0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.