Home » » Terlalu kaya, lelaki China bina 6 istana

Terlalu kaya, lelaki China bina 6 istana

Written By Anonymous on Tuesday 3 December 2013 | Tuesday, December 03, 2013


Liu Chonghua , merupakan lelaki asal China yang telah menghabiskan berjuta-juta dolar untuk membina enam istana bergaya Eropah di Megacity Chongqing . Struktur bangunan istana itu menyerupai Windsor Castle di Britain .


 Perbezaan antara Windsor Castle di Britain dengan istana milik Liu ini iaitu Windsor Castle versi negeri panda itu dikelilingi oleh sawah hijau yang subur . Istana ini juga mempunyai menara yang ternyata terinspirasi dari filem Disney , Aladdin . Tak hanya itu saja , lelaki 59 tahun itu juga mempunyai sebuah istana putih dengan menara gula-gula berwarna , serupa dengan istana milik King Ludwig di abad ke - 19 .


Alasan Liu membina istana itu adalah untuk mewujudkan impian masa kecilnya . Kehidupan Liu yang dulu sangat berbeza jauh dengan yang sekarang . Ia berasal dari keluarga miskin dan hampir setiap hari merasa kelaparan . Hebatnya , kini ia berjaya menjadi seorang pengusaha kuliner yang berjaya dan boleh menghasilkan berjuta-juta dolar .


 " Saat saya masih kecil , saya sering mendengar cerita tentang putera dan istana . Kerana itu saya ingin membuat istana impian saya menjadi sesuatu yang nyata , " ungkap Liu ketika ditemuramah AFP , seperti dipetik dari Oddity Central .


Walaupun kini impiannya menjadi kenyataan , tapi ada beberapa orang yang merasa tidak suka dengan apa yang dilakukan Liu . Bahkan , dia menerima ancaman kematian dan terlibat perang mulut dengan pejabat tempatan di Chongqing . Tapi , Liu tidak terpengaruh oleh itu semua dan tetap bertekad untuk mewujudkan impiannya .


" China memerlukan istana . Sebuah bandar memerlukan orang yang mempunyai mimpi untuk membantu masyarakat berkembang , " papar Liu .

Sedihnya, kerajaan China tak sependapat dengan Liu . Mereka bahkan ingin merobohkan gerbang istana setinggi 16 meter yang sudah dibina Liu .
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.