Home » » Video Kemalangan Ngeri Dalam Bas

Video Kemalangan Ngeri Dalam Bas

Written By Anonymous on Friday 6 December 2013 | Friday, December 06, 2013


Sebuah kemalangan bas yang berlaku pada 2/8/2013 ini telah berlaku di Lebuhraya Jinhua-Lishui-Wenzhou yang menghala ke arah Jinhua. Bas ekspres yang membawa gerombolan pelancong itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler.

Kemalangan melibatkan pengangkutan seperti bas sering berlaku dan ia jarang dilihat dalam bentuk video..Di China, sebuah kemalangan bas yang telah berlaku di sebuah lebuh raya sempat dirakam oleh kamera CCTV yang di pasang di dalam ruangan bas tersebut..Nak tengok ngeri tak ngeri, meh usha kat bawah ni..


Bas berkenaan dikatakan terlepas susur keluar persimpangan berhampiran apabila pemandu bas berusaha mengundur semula untuk keluar dari lebuhraya berkenaan sebelum dirempuh lori treler dari arah belakang. Pemandu lori dilaporkan terbunuh di tempat kejadian.Bagi penumpang di dalam bas, tiada kematian dilaporkan dan mereka yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.



Keadaan di tempat kejadian sangat dashyat dan mengerikan, bas dan lori berada di tengah-tengah lebuhraya sejurus selepas kemalangan berlaku yang menyebabkan pemandu lori terbunuh dan 10 dari 22 orang penumpang bergelimpangan di jalan raya selepas terpelanting keluar dari bas.-


Video:
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.