Home » » Dipayungi Kongsi Gelap

Dipayungi Kongsi Gelap

Written By Anonymous on Thursday, 23 January 2014 | Thursday, January 23, 2014

Foto
ANGGOTA polis memunggah kotak mengandungi mercun yang dirampas.

Klang: Sindiket mengedar mercun dan bunga api dipercayai menggunakan khidmat kongsi gelap untuk melindungi kegiatan haram mereka daripada disabotaj atau dihidu pihak berkuasa, malah ada menempatkan pengawal bersenjata berikutan penemuan sejumlah senjata tajam dalam satu serbuan di sebuah premis di Pandamaran, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, selepas beberapa minit mengetuk, tiada sebarang jawapan diperoleh menyebabkan pasukan berkenaan bertindak memecahkan pintu sebelum menemui sejumlah besar mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM100,000.

Selain pelbagai jenis bahan letupan itu katanya, pihak berkuasa berkenaan turut menemui tiga parang yang dipercayai digunakan pekerja yang ditugaskan mengawal bahan letupan terbabit daripada ancaman pelbagai pihak sama ada ancaman sindiket lain mahupun kemungkinan persiapan menghalang pihak berkuasa.

“Serbuan adalah hasil maklumat awam dan bahan larangan berkenaan dipercayai disimpan untuk diedarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina menjelang 31 Januari ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan premis yang menempatkan bahan letupan terbabit adalah milik Majlis Perbandaran Klang (MPK), sekali gus memudahkan pihak berkuasa mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan berkenaan untuk mengenal pasti identiti penyewanya.

Senjata tajam iaitu tiga bilah parang panjang itu ditemui dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pandamaran diketuai Ketua Polis Balai berkenaan Inspektor Mohd Rushdam Mohd Yusoff dalam sebuah premis di deretan bangunan yang terletak hanya beberapa meter dari Balai Polis berkenaan hasil maklumat orang ramai.
Ketika pasukan berkenaan melakukan serbuan, beberapa lelaki dipercayai ‘ulat air’ yang sering berlegar sekitar bangunan itu dipercayai diupah sindiket terbabit didapati hilang sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa menyebabkan kawasan berkenaan lengang, sekali gus memaksa polis mengetuk pintu premis beberapa kali untuk mengarahkan penghuninya membuka pintu

SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.