MEMANG bertuah sungguh anak Nora Danish, Rayqal apabila hari ulang tahunnya yang ke-5 diraikan dalam beberapa majlis.
Sebelum ini, Nora mengadakan majlis doa selamat khas untuk anaknya itu, manakala bekas suaminya, Jejai dan Fasha menyambutnya di sekolah Rayqal.
Terbaru, sebuah lagi parti hari jadi diadakan oleh pelakon comel itu dan kali ini ia cukup meriah.
Parti tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan beberapa selebriti lain termasuklah Erra Fazira, Umie Aida, David Teo serta isteri.
Ha, tak lupa juga, teman istimewanya, siapa lagi kalau bukan Nedim Nazri!
Memang terserlah kecomelan dan kegirangan Nora melalui gambar yang dikongsikan di Instagramnya sepanjang majlis. Pendek kata mengalahkan si anak pula!
Iyalah, apa tidaknya kerana menurut pelakon itu, Rayqal pada waktu itu sedang demam. Kasihan…
Apa pun, mari layan beberapa gambar menarik sambutan hari jadi ini.
(Kredit: Instagram Nora Danish)
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.