Home » » Tentera Marin AS Bakar Mayat Pejuang Iraq Tersebar

Tentera Marin AS Bakar Mayat Pejuang Iraq Tersebar

Written By Anonymous on Friday, 17 January 2014 | Friday, January 17, 2014





Foto mengejutkan yang menunjukkan kekejaman pasukan Marin Amerika Syarikat ( AS ) beredar luas di media . Foto tersebut memperlihatkan askar AS yang membakar jasad pejuang Iraq serta beberapa foto mengerikan lain .

Gambar mengerikan tersebut , dilaporkan diambil ketika pasukan Marin AS bertugas di Fallujah pada 2004 . Pihak Pentagon langsung melakukan siasatan terhadap foto yang diperoleh secara eksklusif oleh media TMZ tersebut .

Jumlah foto yang dimiliki oleh TMZ dikhabarkan mencapai 41 foto . Namun tidak semua foto disiarkan ke umum , kerana dinilai terlalu kejam untuk dilihat .

Salah satu foto menunjukkan pasukan As tersebut menuangkan cecair yang disyaki petrol ke jasad pasukan musuh . Sementara foto lain menunjukkan jasad yang sudah dibakar oleh api . Sementara dua foto lain menunjukkan jasad yang sudah hangus terbakar .

" Beberapa foto , - termasuk yang memperlihatkan jasad yang dimakan oleh seekor anjing - tidak boleh disiarkan kerana terlalu kejam , " pernyataan pihak TMZ , seperti dilapor The Daily Mail.















SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.