Usianya sudah 29 tahun, dan tahun ini katanya adalah tahun terbaik untuk dia menamatkan zaman bujang. Siapa lagi kalau bukan Yana Samsudin, pelakon berbakat yang sudah lima tahun digosip ‘bercinta’ dengan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari.
Namun bukan soal cinta yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai isu hangat yang mendakwa Yana melakukan pembedahan plastik dihidung. Iyalah, bila dah bedah… nanti hidung mancung bak seludang. Silap-silap pandang, macam pelakon Hindustan pun ada. Ahak!
Dan bila ditanya secara jujur apakah benar dia ada melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, Yana akhirnya mengangguk. Namun pinta Yana, dia berharap agar isu tersebut tidak dibangkitkan lagi selepas ini. Mungkin malu agaknya!
Selain hidung, Yana juga mengaku dia ada meratakan gigi serta memutihkannya. Waahhh… kelas Yana!
“Saya mengaku saya melakukan sesuatu pada gigi saya di mana saya ratakan serta putihkan gigi saya. Bila buat gigi, saya kena jaga pemakanan dan tidak dinafikan berat badan saya turun mendadak,” ujar Yana dipetik sebagai berkata.
Selanjutnya tentang kononnya dia mengalami kecederaan akibat jatuh sewaktu penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan, hingga melibatkan bahagian wajah, Yana enggan mengulas lanjut. Mungkin bagi Yana… biarlah rahsia. Heh.

0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.