Home » » Zizan Razak Enggan Ulas Isu Bercumbu Dalam Kapal Terbang

Zizan Razak Enggan Ulas Isu Bercumbu Dalam Kapal Terbang

Written By Anonymous on Monday, 20 January 2014 | Monday, January 20, 2014

Pelakon dan pelawak Zizan Razak dilaporkan enggan mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia bercumbuan dengan aktres Emma Maembong di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.



Zizan ketika dihubungi media berkata, dia masih belum membaca laporan mengenai perkara itu dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.

"Maaf, saya baharu sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini.

"Apabila sudah mengetahui situasi sebenar nanti saya akan komen," katanya.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Bagaimanapun sebelum ini, kedua-dua pasangan itu yang pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.
SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.