Home » » Berjalan Di Atas Bara Api Tanpa Merasakan Panas (3 Gambar)

Berjalan Di Atas Bara Api Tanpa Merasakan Panas (3 Gambar)

Written By Anonymous on Tuesday 3 December 2013 | Tuesday, December 03, 2013

Festival yang diraikan setiap tahun pada tarikh 8 Disember ini diadakan di kuil Buddha Zen di Aichi , Jepun . Dalam festival ini , seperti yang dilaporkan oleh rocketnews24 , para peserta akan diminta untuk melangkah melintasi bara api yang menyala guna mendapatkan kembali kesucian batin mereka .

Tahun ini , panitia Fukugonji Akiba Grand Festival berjanji bahawa acara ini akan lebih menghiburkan berbanding tahun lalu .

Dewa pelindung Fukugonji bernama Akibasanjakubo . Fukugonji dulunya adalah seorang sami . Dikatakan bahawa dalam hidupnya , ia telah berjaya menguasai segala bencana kebakaran dan mampu mengawal api .

Setiap tahun Akibasan Grand Festival diadakan di Fukugonji untuk memperingati hari kematian dan kenaikan Akibasanjakubo .

Festival ini terdiri dari dua bahagian utama : berdoa dan berjalan di atas bara api . Selepas berdoa di dalam kuil , para peserta akan menyanyi sambil bergerak mengelilingi api .

Orang yang berani melewati bara api akan dimurnikan hati dan fikirannya , kerana ketakutan seseorang terhadap api akan mengingatkannya untuk mengawal api batinnya juga .



SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.