Home » » SERIUS - 1000 PENUNGGANG BASIKAL "MATI" KETIKA DEMO KESELAMATAN JALANRAYA (10 GAMBAR)

SERIUS - 1000 PENUNGGANG BASIKAL "MATI" KETIKA DEMO KESELAMATAN JALANRAYA (10 GAMBAR)

Written By Anonymous on Tuesday 3 December 2013 | Tuesday, December 03, 2013

Kota London dipenuhi dengan penunggang basikal dan setiap tahun ratusan meninggal dunia kerana digilis. Penunggang basikal di Londonsudah mencuba selama beberapa tahun supaya undang-undang jalan raya diubah bagi memastikan keselamatan mereka dijamin. Bulan November yang lalu 6 orang penunggang basikal mati digilis. Jumaat lalu seramai 1000 orang penunggang basikal"mati" secara beramai-ramai bagi memprotes kenyataan Datuk Bandar London Boris Johnson yang menyalahkan pemandu basikal sepenuhnya atas jumlah kematian yang tinggi. Demo mati beramai-ramai ini diadakan di hadapan ibu pejabat Transports of London. Mereka mendesak supaya undang-undang digubal bagi memastikan keselamatan mereka dan pembinaan lebih banyak lorong basikal yang menelan belanjaGBP 600 Juta.

Apa pendapat anda. Adakah demo sebegini wajar?





SHARE

About Anonymous

0 comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.