Bagi seorang wanita yang memandu sendirian kemudian mengalami masalah di tengah-tengah jalan yang sibuk seperti Lebuhraya Persekutuan, sudah tentu ia satu pengalaman yang amat ‘menakutkan’.
Itulah yang dialami seorang wanita yang berkongsi pengalamannya di sebuah laman Facebook, Khamis lalu.
Gara-gara terlupa memeriksa meter minyak, kereta bapa yang dibawa wanita tersebut berhenti di laluan tengah Lebuhraya Persekutuan yang diketahui sentiasa sibuk dengan kenderaan.
Tambah menyukarkan keadaan, cuaca panas membuatkan signal kecemasan yang dinyalakan kurang disedari sesetengah pengguna lebuhraya terutama penunggang motosikal.
Wanita ini kemudiannya meletakkan isyarat kecemasan di belakang kereta namun sudah tentu, perasaan hatinya tuhan saja yang tahu memandangkan kiri kanannya dilintasi banyak kenderaan laju.
Tiba-tiba, muncul sebuah motosikal. Penunggangnya menawarkan diri untuk membantu dengan meminta wang bagi membeli minyak bersama kata-kata jaminan, “You tunggu saya, I mesti balik punya.”
Bersandarkan kata-kata itu, wanita berkenaan menelefon kembali keluarganya supaya tidak datang kerana sudah ada insan yang bermurah hati untuk membantunya.
Lelaki berhati mulia itu kemudiannya kembali 25 minit kemudian lalu membantu mengisi minyak dan bersusah payah untuk wanita berkenaan yang tidak dikenalinya langsung.
Peristiwa ini meninggalkan kesan yang besar kepada wanita terbabit. Justeru, dia meninggalkan nota terima kasih kepada lelaki ini di sebuah laman Facebook.
Dek kerana terlalu berterima kasih, lelaki ini disifatkannya bagai malaikat atau ‘angel’ yang datang membantu di saat dia benar-benar memerlukan.
Rupa-rupanya lelaki yang membantu itu sememangnya dikenali kerana kemuliaan hatinya.
Seorang pengunjung Facebook kemudiannya mendedahkan, lelaki tersebut bekerja sebagai pemandu di HELP University dan dikenali sebagai Vasu.
Selain itu, terdapat banyak lagi komen lain yang memuji kemurahan hati Vasu dan turut berkongsi pengalaman mereka dibantu oleh rakyat Malaysia lain yang sebangsa dengan Vasu.
Ternyata, kemurahan hati Vasu telah menerbitkan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia tentang semangat muhibah.
Inilah contoh seorang manusia yang bukan sahaja berhati mulia tetapi merupakan seorang warganegara yang baik. Syabas Vasu
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.