Produk Phyto Science adalah produk yang sangat laris di pasaran ketika ini. Namun persoalannya, apakah benar produk tersebut disahkan halal? ataupun sekadar menggunakan logo tanpa disahkan Halal oleh JAKIM? Ikuti laporan kami…
Setelah merujuk kepada website di , kami gagal menemui bukti menunjukkan produk tersebut disahkan Halal. Penyiasatan kami tak berakhir di sini, kami cuba semak melalui sistem SMS pada 12 Januari 2014, dan sistem SMS tersebut menyatakan produk tersebut telah tamat tempoh.
Namun, kami cuba untuk semak semula pada 18 Januari 2014, ini jawapan sistem SMS tersebut.
Ternyata terdapat masalah pada sistem SMS tersebut sebelum ini. Persoalan kami, Sekiranya benar produk tersebut telah tamat tempoh, mengapa tidak disenaraikan pada website JAKIM & sistem SMS mengatakan “Tiada dalam senarai”?
Sahabat Halal cuba bertanya pada ahli-ahli produk Phyto Science untuk kemukakan bukti sijil yang produk tersebut telah memperolehi sijil halal, namun, tiada sebarang bukti dikemukakan melainkan beberapa dokumen yang diclaim “Sijil Halal”. Malah, pihak kami dikemukakan caci dan makian oleh orang ramai yang menuduh kami “menyebarkan fitnah tanpa semak”. Mari kita lihat dokumen apa yang dikemukakan oleh mereka yang mengatakan ini adalah “Sijil Halal” :-
Surat ini bertajuk “Kelulusan Permohonan Baru untuk mendapatkan lesen jualan langsung tertakluk di bawah akta jualan langsung dan skim anti-piramid 1993″. Ini bukan Sijil halal tapi surat kelulusan permohonan.
Dokumen yang kedua dikemukakan oleh ahli Phyto :-
Surat bertajuk “Yuran Pensijilan Halal”.
Ini hanyalah surat jualan langsung dan surat yuran, bukan “Sijil Halal” seperti yang didakwa oleh ahli ahli phyto. Penyiasatan kami tak berakhir disini, kami cuba untuk hubungi pihak Hub Halal JAKIM berkenaan produk ini, dan ini yang mereka balas :-
Menjawab isu produk double stemcell dari syarikat phytoscience
Tuan/puan,
Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.
Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/ puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/ nama pengedar/ pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.
Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.
Terima kasih kerana mempercayai halal Malaysia!
(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Officer (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No.2,
Precint 2,
62100 Putrajaya
http://www.halal.gov.my/
e-mail: nadiazammil@islam.gov.my / nadiazammil85@gmail.com
Namun, masih ramai mencerca kami kerana kami dianggap “menyebar fitnah”, “menganggu periuk nasi”, “banyak lagi produk lain di pasaran tapi kenapa Phyto Science menjadi sasaran”, “ini lah sikap melayu yang dengki orang lain kaya, tak boleh tengok orang lain senang”. Ada yang ingin saman pihak Sahabat Halal kerana menganggu bisnes mereka. Namun secara hakikatnya, pihak Sahabat Halal tidak akan post sesuatu tanpa penyelidikan yang terperinci. Dan apa yang kami ingin ketengahkan adalah produk tersebut meletakkan logo Halal tanpa disahkan oleh pihak Hub Halal Malaysia, dan ini telah melanggar undang-undang APD2011 yang melarang penggunaan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa serta menyebabkan ramai pengguna tertipu dengan logo “Halal” pada produk mereka. Ramai marah bila banyak pihak lain mengexploitasi logo halal yang berpaksikan keuntungan, tapi kenapa bila isu phyto science ramai yang pertahankan malah mencaci dan memaki?
Tiada status halal bukan bererti Haram. Ini hanya kesalahan meletakkan logo halal pada produk yang tidak pernah mempunyai status halal.
Anda baca, semak, kaji dan buat penilaian sendiri. Sekiranya masih was-was, anda boleh hubungi pihak Hub Halal JAKIM sendiri untuk mengesahkan maklumat ini. - Sahabathalal.com
0 comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.